Monday, March 18, 2013

Tanda-tanda Awal Kanser Payudara

Kanser payudara sememangnya sinonim dengan kaum wanita dan ia merupakan jenis kanser yang paling banyak meragut nyawa kaum hawa. Walaubagaimanapun, kanser payudara ini bukan sahaja boleh dihidapi oleh kaum wanita, malahan dewasa ini kaum lelaki juga berisiko menjadi penghidap kanser.

Jadi adalah penting untuk setiap orang mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang kanser dan dapat memeriksa dan meneliti setiap tanda-tanda kanser payudara.

Justeru, disini saya senaraikan tanda-tanda umum kanser payudara.

Simptom-simptom barah payudara adalah seperti berikut

1. Terdapat ketulan pada payudara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.

Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.

2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting buah dada.

4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil.

Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payu daranya supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat.

Jika terdapat perubahan pada payu dara seperti yang telah disebutkan, wanita dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya bagi membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.









Jika anda inginkan buah dada yang cantik dan menawan,

Cubalah THANYAPORN BREAST PILL

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.